Anggota Imigresen Dilanggar Penagih Dadah Dalam Operasi Bersepadu

Edit
Seorang anggota Jabatan Imigresen Melaka cedera selepas dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki disyaki penagih dadah dalam satu operasi bersepadu di Pengkalan Balak, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Ketika kejadian, dua motosikal dinaiki empat penagih, termasuk seorang wanita cuba meloloskan diri, sebelum motosikal jenis Honda EX5 merempuh anggota berusia 32 tahun terbabit yang sedang mengawasi pendatang asing di kawasan sekitar sebuah kilang ayam di sini.

"Siasatan awal mendapati, dua motosikal itu muncul dari kawasan belukar secara tiba-tiba lalu memecut laju, sebelum merempuh anggota berkenaan.

"Suspek yang ditahan mendakwa hanya membonceng motosikal itu dan dia diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut, manakala pegawai berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui selepas operasi itu.

Operasi membabitkan sepasukan 57 anggota, termasuk pegawai dari Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan AADK di empat kawasan rumah kongsi dan industri itu bermula jam 11 malam dan berakhir jam 3.30 pagi.

Mohd Sabri berkata, seramai 37 daripada 73 warga asing ditahan terdiri daripada 21 warga Bangladesh, Sri Lanka (7), Indonesia (6), Myanmar (2) dan seorang Nepal.

"Semua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah," katanya.

Sumber FB Jabatan Imigresen Malaysia



Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment