Trup Tindakan Cepat (TTC) Adalah Skuad Elit Jabatan Penjara Malaysia
9:41 AM Penjara EditJabatan Penjara Malaysia menubuhkan unit ala komando dipanggil Trup Tindakan Cepat (TTC) bagi meningkatkan tahap keselamatan penjara khusus dalam pengurusan banduan berisiko tinggi.
Unit yang mengandungi 20 anggota itu dan diilhamkan oleh Ketua Pengarah Penjara, Datuk Mustafa Osman ditubuhkan pada 3 Oktober lalu.
Kesemua anggota unit itu yang diketuai Penolong Penguasa Penjara, Yusli Yusof telah menjalani latihan selama tiga bulan di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) di Kem Sungai Udang, Melaka.
Pengarah Sumber Manusia, Jabatan Penjara Malaysia, Penolong Kanan Komisioner Penjara Abd. Wahab Kassim berkata, unit itu telah diberi latihan khusus bagi menghadapi sebarang ancaman dan kejadian luar biasa melibatkan banduan akhir, banduan berprofil tinggi dan kumpulan terancang termasuk Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM).
``Anggota unit itu telah didedahkan dengan pelbagai kepakaran dan kemahiran termasuk teknik tempur tanpa senjata, menembak jarak dekat, pengendalian bahan letupan, menyelamat tebusan dalam bangunan dan luar bangunan serta dalam kenderaan selain risikan dan menyamar,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan tamat latihan 57 pegawai penjara di Maktab Penjara Malaysia di sini hari ini.
Katanya, kumpulan perintis itu juga akan menjadi pembimbing kepada anggota baru pada masa depan dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan di penjara seluruh negara.
``Unit ini akan diperluaskan hingga ke Sabah dan Sarawak dan kita juga bercadang untuk meletakkan unit itu secara berpusat kerana pada masa ini, anggotanya bertugas di beberapa negeri,'' katanya.
Abd. Wahab berkata, Jabatan Penjara perlu mempunyai unit seperti itu kerana ramai penjenayah berprofil tinggi dan ahli kumpulan pengganas ditahan termasuk tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau berkata, pada masa depan, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan agensi lain termasuk Komando 69 dan Pasukan Khas Laut (Paskal) dan terlibat mengawal keselamatan negara termasuk semasa rusuhan.
Dalam perkembangan lain, Abd. Wahab berkata, Jabatan Penjara akan menubuhkan Akademi Penjara di Langkawi pada tahun ini khusus untuk pegawai kanan penjara.
Katanya, jabatan itu juga akan menganjurkan Persidangan Penjara-Penjara Negara-Negara ASEAN (APCAH) di akademi tersebut dalam usaha memantapkan lagi institusi penjara.
BetMGM Casino App in Michigan - JT Hub
ReplyDeleteBetMGM Casino App in Michigan. 경상북도 출장마사지 The BetMGM casino app is 김해 출장샵 designed for a first-class 서울특별 출장안마 gaming 경상남도 출장마사지 experience where you can 영주 출장샵 play a wide range of casino games,